Orang kata mustahil, dia datang menunjukkan cek kepada mereka

"Rahsia penulis bebas Malaysia terbongkar!"


 

  • Bagaimana seorang pelajar menghasilkan RM100 sehingga RM300 sejam daripada komputer kemudahan percuma universiti.

  • Bagaimana pelajar yang sama menghasilkan jumlah wang yang sama daripada komputer terpakai berharga RM250 berskrin hijau.

 

 

Selepas 5 tahun, pelajar ini mendedahkan rahsia

Semuanya dengan hasil penulisan dalam bahasa Melayu sahaja!


 

 

 

Daripada: Zamri Mohamad

Lokasi: Small Office Home Office, Melaka

 

Assalam alaikum, saya Zamri Mohamad. Sejak tahun 2001, saya mendapati ratusan majalah dan akhbar memerlukan ramai penulis bebas untuk menyumbang artikel kepada mereka.

 

Setiap artikel yang disiarkan menerima honorarium atau saguhati. Bagi pelajar, ini membantu perbelanjaan pengajian mereka sepanjang tahun di kampus.

 

Percaya atau tidak, honorarium yang diterima banyak membantu saya sehinggalah saya tamat pengajian. Sehingga kini ia masih memberi hasil yang sama berkali-kali. Hari ini saya adalah penulis bebas sepenuh masa.

 

Bagi mereka yang bekerja, honorarium yang diterima hasil daripada sumbangan artikel menjadi pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan bulanan. Gaji mereka tidak dibelanja bagi tujuan membayar bil, pinjaman dan kos-kos tetap lain.

 

Sebaliknya wang honorarium digunakan bagi menampung perbelanjaan tersebut. Mahukah anda mendapat hasil yang sama seperti yang saya kongsikan?

 

Bermula daripada zaman kampus, saya menggunakan makmal komputer selama dua jam sehari bagi menulis.

 

Kemudian saya gunakan komputer rakan-rakan sehinggalah saya memiliki komputer terpakai berharga RM250. Kini saya masih menulis dalam akhbar dan majalah menggunakan komputer peribadi.

 

Saya ingin berkongsi cara bagaimana hasil penulisan anda dapat disiarkan dalam akhbar dan majalah.

 

Saudara tidak perlu meletakkan jawatan dan bersengkang mata sehingga tengah malam bagi menjadi penulis bebas sambilan.

 

Jadikan komputer yang anda miliki di rumah sebagai penjana wang aktif anda pada hari-hari biasa atau pada hujung minggu.

 

Sejak 2006 saya mendedahkan rahsia ini dalam sebuah buku yang terbukti membantu


 

 

  • Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

  • RM40 termasuk surcaj dan penghantaran

  • Buku ini mendapat daripada para pembaca

 

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah.

 

Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata.

 

Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu menjadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah.

 

Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.

Buku ini juga disusun khusus bagi mereka yang berminat mencipta nama dan membina saluran kewangan bagi tujuan peribadi mereka.

 

Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas.

Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir.

 

Buku yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan.

 

 

Naskah terhad, dapatkan sekarang!

 

 


5 SEBAB & FAKTA mengapa buku ini mesti dimiliki untuk menjana wang untuk anda.

 

 

 

 

Fakta 1

 

17 November 2007

Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas mendapat ulasan satu halaman penuh akhbar nasional Berita Harian. Hanya buku yang bermutu sahaja mendapat ulasan daripada akhbar nasional.

 

 


 

 

Fakta 2

 

Maklumbalas para pembaca membuktikan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas membantu mereka menulis secara bebas dan mendapat pembayaran daripada penulisan mereka.

 

Berikut merupakan screenshot e-mel daripada pembaca.

 

 

 

Artikel beliau diterbitkan 13 kali berturut-turut

 

 

 

Saya ingin berkongsi mengenai tulisan saya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Miskin Mangsa Pasaran Ekonomi Kapitalis pada 18 Jun yang lalu.

Jam 10 pagi pada hari yang sama wartawan Majalah Al-Islam menelefon saya dan ingin maklumat lanjut berkenaan tajuk di atas dan akan disiarkan dalam isu pebincangan untuk keluaran Ogos 2008. (satu makluman yang sangat menggembirakan saya sebagai penulis baru di akhbar)

Setelah soalan dihantar melalui emel dan saya cuba menjawab persoalan tersebut akhirnya hari ini setelah Majalah Al-Islam keluaran Ogos 2008 ada di kedai terus saya belek. Subhanallah, Alhamdulillah.

Kupasan itu memang benar-benar diambil untuk ruangan Isu bulan Ogos 2008. Terasa ada kelainan berbanding penulisan artikel kerana ia dikupas seolah-olah melalui temubual.

Hari yang bersejarah kepada saya, apatah lagi mengingatkan betapa berkesannya buku tulisan saudara yang menghasilkan kesan berganda. Terima kasih yang tidak terhingga buat saudara semoga Allah sahaja membalas kejayaan saudara pada masa-masa akan datang.

Wasalam


Rahisam Ramli
Pensyarah/Penyelaras Program Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka

 

 


 

Fakta 3

 

Perunding kewangan peribadi nasional juga pembaca buku ini memberikan pandangan beliau mengenai buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

 

"Bagaimana anda ingin mengenali potensi diri yang sebenar sebelum anda menceburi? Ini di antara buku yang menyerlahkan potensi anda yang sebenar.

 

Saya menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia membacanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup walaupun anda tidak suka menulis.

 

Ia adalah salah satu daripada mutiara yang yang memberikan kita duit dengan amat mudah dan halal.

 

Ia menjadikan angan-angan yang kabur bertukar menjadi realiti."

"Buku itu sememangnya best, nilai isi kandungannya dapat menangung kos sara hidup anda sehingga ke hari tua"

Shamsuddin Kadir
Penceramah Kewangan Peribadi
Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

 


 

Fakta 4

 

Saya seorang OKU (Orang Kurang Upaya) yang mengalami kecacatan kekal anggota fizikal. Akibat sukar bergerak dan bekerja di luar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri secara kecil - kecilan bermula dari bawah.

Antara kerja saya ialah menulis.

Pegangan saya sekarang ialah untuk berjaya kita perlu ada duit. Bagi saya, duit bermaksud doa, usaha, ilmu, dan tawakal.

Jadi, kita perlu ada ilmu jika ingin melakukan sesuatu kerja. Setelah berusaha sekian lama, apa hasilnya tidak sebanyak mana, saya terfikir di mana silapnya dalam penulisan saya.

Maka, semasa melayari satu laman web, iaitu  laman web rasmi PTS, saya tertarik dengan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Lalu, saya memiliki buku ini kerana mungkin ada suatu yang belum saya ketahui.

Setelah membacanya, ternyata tidak sia-sia membelinya. Banyak motivasi yang saya pelajari untuk menjadi penulis bebas.

Kerjaya sebagai penulis bebas ini amat sesuai bagi mereka yang menganggur di rumah terutama kepada golongan OKU yang sukar nak mendapat kerja di luar.

Terima kasih kepada penulis, Zamri Mohamad kerana berusaha menulis sebuah buku yang sangat berguna terutama kepada mereka yang hendak berjinak-jinak hendak menjadi penulis bebas, khususnya kepada OKU seperti saya.
    
Nasihat saya terutama OKU yang mengalami kecacatan kekal anggota fizikal yang boleh menulis, dapatkan buku ini di pasaran sekarang. Jangan terlalu mengharap untuk mendapat kerja dengan orang, entah dapat entah tidak. Jangan buang masa dengan menunggu sahaja tanpa sebarang faedah.

Beli segera, baca dengan teliti, amalkan langkah - langkah yang diberikan dan berusaha dengan gigih. Jangan putus asa andai kata artikel anda ditolak. Cuba lagi dan asah bakat penulisan anda setiap hari. Selamat berjaya.

Badruzamani Bin Azmi
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 

 


 

Fakta 5

 

 

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas adalah merupakan antara buku yang saya berjaya dapatkan dan jadikan koleksi untuk tahun 2007.

Kiranya, buku ini ibarat intan terpilih bagi diri saya. Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis yang baik sebaik saudara Zamri Mohamad.

Sejak saya mula menulis di blog MotivasiKejayaan.Com saya mula merasakan sesuatu. Saya mahu menulis dengan lebih serius, lantaran itu saya mula mencari buku-buku yang boleh membantu saya memperbaiki mutu tulisan saya.

Alhamdulillah saya berjumpa buku ini, yang memberikan saya tunjuk ajar yang sangat mudah difahami.

Terima kasih kepada saudara Zamri Mohamad kerana menjadikan impian saya untuk menulis dengan lebih baik satu realiti.

Gaya penyampaian buku ini membuatkan saya merasakan ibarat di dalam kelas bersama-sama dengan Zamri Mohamad. Ia membuatkan saya rasa amat istimewa.

Ibarat berguru secara berdepan. Alhamdulillah, dengan berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dibekalkan di dalam buku ini, mutu penulisan saya bertambah baik.

Kalau anda belum dapatkan, baik cepat sebelum terlambat!

Norakmal Jasni
Ampang, Selangor, Malaysia

 


 

 

Naskah terhad, dapatkan sekarang!

Pra Pesanan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas